Detik Paling Indah

Detik Paling Indah
Detik paling indah bagi ku ketika seusia si comel ini, sentiasa disayangi, dibelai, dibimbing dan dibesarkan oleh ABAH dan MAK yang tidak pernah pudar kasih sayang dan rindu ku ini hingga saat ini.

Detik paling indah bagi ku ketika membesarkan anak-anak ku Along, Angah, Ann dan Adeq dengan penuh kasih sayang yang setulusnya bersama isteri tersayang. Saat-saat anak-anak ku seusia ini adalah lingkaran masa yang paling mahal dan amat bernilai bagi ku yang bergelar ABAH.

Saturday, July 11, 2009

Kursus Protokol dan Etiket Sosial

Bersama Pengarah Pusat Latihan
dan Pembangunan Pengembangan Wilayah Selatan
serta Para Peserta Kursus Protokol dan Etiket Sosial

Baru-baru ini saya bersama sahabat saya Saudara Haji Hashim Haji Bedu diberi kepercayaan Jabatan Pertanian Malaysia melalui Pusat Latihan dan Pembangunan Wilayah Selatan, Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor untuk mengendalikan Kursus Protokol dan Etiket Sosial.

Seramai 21 orang pegawai Kumpulan Sokongan dan Pengurusan Profesional warga Jabatan Pertanian Malaysia daripada seluruh negara menyertai kursus selama tiga hari ini.

Modul kursus meliputi ceramah mengenai amalan protokol, etiket sosial dan pengurusan majlis, latihan bakat kreatif, persembahan kumpulan serta diakhiri dengan sesi ulasan dan penilaian fasilitator.

Sekalung penghargaan kami hulurkan kepada Jabatan Pertanian Malaysia atas kepercayaan ini, terima kasih kami ucapkan kepada Pengarah Pusat Latihan dan Pembangunan Wilayah Selatan, Tuan Haji Md. Saat Kasan, orang kuatnya Saudara Abu Bakar Ishak dan Saudari Jarilah Atan.

Kepada sahabat-sahabat baru saya, 21 orang peserta kursus terutama Saudara Haji Hanif, Saudara Haji Zahid, Puan Hajah Normah, Saudara Husin Md. Lana, Saudara Kamaruzaman, orang muda Saudara Mohd. Fariz, Saudari Hazlin dan Saudari Yani (sekadar menyebut beberapa nama), terima kasih atas komitmen yang begitu tinggi di sepanjang kursus ini.

Kepada Hajah Normah, Mohd. Faris dan Hazlin yang berikan produk cendawan, buah durian, manggis dan rambutan tetap menjadi ingatan.

Harapan saya semoga anda semua dapat menterjemahkan segala pengetahuan yang perolehi melalui kehidupan seharian dan melalui organisasi anda secara berterusan.

Seronok bersama anda semua walau hanya seketika.



16 comments:

zedmagel said...

Salam Bro Ishak,

Tahniah kerana mempunyai blog sendiri, banyak kebaikan yang saya lihat di blog saudara.

Pertama - menyampaiakan ilmu yang ada
Kedua - memberikan beberapa pandangan ke khalayak blogger yang buta tentang protokol, seperti saya.
Ketiga - Promosi diri dan kelebihan yang ada.

bokira said...

Bro,
Persatuan saya nak anjurkan satu kursus juruacara, tak tahu mana nak contact, terbaca blog bro, sekurang-kurang tahulah bagaimana nak dihubungi.
Bila nak anjurkan kursus, saya contact, Bro. Ishak.
Terima kasih.

ISHAK HASSAN said...

Bro Zed,

Di 'mahligairezeki' ini tempat saya mengisi ruang masa yang terhad ini untuk belajar mencatat dan menyimpan memori, berkomunikasi dengan sahabat-sahabat blogger seperti tuan.

Di sini juga, saya amat yakin saya akan terus belajar untuk sama-sama mengiktiraf setiap kehebatan dan kecemerlangan kendiri yang pelbagai di kalangan sahabat-sahabat blogger.

Saya amat mengalu-alukan pandangan daripada sahabat-sahabat blogger.

ISHAK HASSAN said...

Hai Bro Bokira,

Terima kasih kerana melayari 'mahligairezeki', moga rezeki kita semua terus datang melimpah ruah.

Banyak cara anda boleh menghubungi saya singgah sahaja di 'mahligairezeki' atau intai email saya mahligairezeki@gmail.com atau jengok-jengok di 'mahligairezeki@yahoo.com

Paling mudah paparkan no talian anda, bukannya apa.... tuan nak beri saya rezeki, adabnya adalah lebih baik saya menghubungi tuan.

x gitu?

zedmagel said...

Sala Bro IS,

Ye le tu...tapi bro bokira ni buta ICT juga, dia tak jenguk lagi blog anda tu..

Anonymous said...

salam abah...
syukran jazilan 4 everything...
jasa abah memang xterbalas oleh kami anak2mu..
segala yang TERBAIK angah doakan untuk ABAH...
Moga ALLAH memberi kejayaan untuk ABAH sentiasa di Dunia n Akhirat...insya'ALLAH...
Amiin...

Salam Sayang buat ABAH...
terima kasih ABAH

Unknown said...

salam...

bertemu lagi di lain waktu sekadar menjenguk....

Unknown said...

tahniah !!!!!!!! mempunyai blog sendiri...

Unknown said...

thanks memberi beberapa tips untuk menjadi juruacara yang baik, walaupun sekadar mencupa ianya memberi satu pengalaman yang indah bagi saya..

ailiez said...

Salam En. Ishak,
Ape khabar??? Tahniah byk pembaharuan dlm blog... hehehe... sy sendiri pon dh lm xupdate blog... Bile nk pndh umah??? Jumaat ni sy dh pndh umah... 18hb Ogos ni sy Konvo... Sampaikan salam sy pd sume warga Jabatan Penerangan Johor kerana bg sy peluang menimba pengalaman di sana...

Unknown said...

kepada en ishak.. diucapkan selamat menyambut dan menjalani bulan ramadhan yang penuh dengan barakah ini, sampaikan salam saya juga dengan encik hashim sekali...tq

Anonymous said...

~ Salam Ramadan Buat Yanie ~

Terima kasih sempat singgah di ' mahligairezeki' , saya juga mengucapkan selamat menjalani Ibadah Puasa. Semoga doa kita dimakbulkan Yang Maha Esa.

Pengalaman sebenarnya banyak mengajar kita erti kehidupan yang punya pelbagai cabaran ini.

Insyaallah saya sampaikan Salam anda buat sahabat saya Tuan Haji Hashim.

Anonymous said...

~ Salam Ramadan Buat Ailiez ~

Alhamdulillah saya sihat, terima kasih kerana sudi singgah di 'mahligairezeki'.

Tahniah! anda produk hebat IPT dan tahniah! pindah rumah baru, Insyaallah kami pindah di Seri Austin penghujung Syawal,

Sorry lambat respon, sibuk kerja dan sibuk di dunia fb la pulak ni

JutawanTampok said...

....mantap dan elegen. Macamnilah pegawai yang serba boleh...teruskan perjuangan untuk memberikan ilmu kepada orang lain.

TAHNIAH, KAWAN KAGUM BEB

ISHAK HASSAN said...

~ Salam Aidilfitri Sahabatku ~

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih atas pengiktirafan tuan.

Sesungguhnya aura tuan menjadikan sumber kekuatan saya dalam menterjemahkan pengalaman sebagai ilmu dalam kehidupan ini

JutawanTampok said...

....tahniah kerana dianugerahi PPN... pasti aura Tuanku Agong dan Permaisuri Agong menyerap masuk dalam sanubari Tuan. Tahniah juga kepada Puan Rukizah dan anak-anak. Kecemerlangan Tuan adalah kecemerlangan isteri dan anak-anak juga. Hebat beb.......