Detik Paling Indah

Detik Paling Indah
Detik paling indah bagi ku ketika seusia si comel ini, sentiasa disayangi, dibelai, dibimbing dan dibesarkan oleh ABAH dan MAK yang tidak pernah pudar kasih sayang dan rindu ku ini hingga saat ini.

Detik paling indah bagi ku ketika membesarkan anak-anak ku Along, Angah, Ann dan Adeq dengan penuh kasih sayang yang setulusnya bersama isteri tersayang. Saat-saat anak-anak ku seusia ini adalah lingkaran masa yang paling mahal dan amat bernilai bagi ku yang bergelar ABAH.

Thursday, July 30, 2009

Satu-satunya Abang Ku




Kau satu-satunya abang ku di maya ini, kau adalah pengganti abah mak yang telah lama meninggalkan kita. Kau adalah penasihat ku, kau tempat aku menyatakan perasaan hati ku sama ada cerita gembira mahu pun kabar yang mencuit rasa.


Ngah, izinkan aku untuk terus menyuburkan kasih sayang yang dikaryakan abah dan mak ini berterusan hingga ke akhir hayat. Izinkan aku untuk menumpang kasih sayang anak-anak mu. Izinkan aku untuk menumpang kegembiraan pada setiap kejayaan yang digapai oleh mu suami isteri dan setiap kecemerlangan yang dicipta anak-anak mu.


Aku amat bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuata'ala, walaupun aku punya seorang abang dan seorang kakak namun kami mampu untuk melestarikan pertalian kasih ini hingga saat ini.


Apapun realitinya keluarga kita semakin membesar Ngah dan Akak telah punya menantu dan cucu, begitu juga aku bakal menjadi bapak mertua dan bakal menjadi atuk. Insyaallah.


Dalam nada yang paling syahdu aku memohon doa kepadaNya semoga anak-anak kita, cucu-cucu kita dan keturunan kita masih mampu mewarisi nilai-nilai kasih sayang dalam kesibukan waktu mengejar kekayaan di dunia ini.

14 comments:

zedmagel said...

Salam Bro,

Beruntunglah anda kerana mempunyai abang yang penyanyang. Biar kita kehilangan wang RM1.00, jangan kita hilang perhubungan pertalian kasih saudara dan anak-anak.

Teruslah mengekalkan persaudaran kita selamanya.

Anonymous said...

Hai Bro Zed,

Hubungan kasih sayang yang mesra antara saya dan Ngah saya adalah kejayaan ABAH dan MAK saya menyemai budaya kasih sayang di taman kasih dalam rumah kami.

Saya berdoa semoga budaya penyayang di dalam keluarga yang dicipta ini mampu dilestarikan anak-anak dan cucu-cucu kita.

Amin!

zedmagel said...

Hi Bro Is,

Mudah-mudahan begitulah hendaknya. Amin.

Anonymous said...

salam abah...

tersentuh hati baca tulisan abah ni...

insya'ALLAH kami usaha untuk mengekalkan nilai2 kasih sayang antara kami...

love u my dad..

Anonymous said...

angah kite pon same...syahdu je rase...

hubungan kasih syg ni akan kekal selame nye.selagi hayat d kandung bdn..amin..

coien said...

hatiku sungguh tersentuh..
"TogeTher we StaNd DiviDed We FaLL"

Anonymous said...

bahase UK dh kuar daa....hehe

Anonymous said...

hihi...a'a dah kuar bahasa UK...^_~
yup, nana n coien...
kite la golongan pelapis lepas
pak ngah & Ucu... ahli keluarga pun dah semakin bertambah...sekarang dah ada
'Adam Harith yg comel tu' xlama lagi makin besar...

Anonymous said...

Anak-Anak Ku dan Anak-Anak Saudara Ku Tersayang,

Terima kasih yang tidak terhingga kerana mampu menyelami apa yang tersirat di hati ini. Sebenarnya semakin meningkat usia, hati semakin menjadi begitu sentimental.

Di Malam Nispu Sya'aban yang penuh barakah ini sama-sama kita memohon Doa kepada NYA semoga keluarga kita dianugerahkan dengan kebajikan, kebahagiaan, keharmonian, kesejahteraan, kekayaan yang holistik dan kecemerlangan yang berterusan di dunia dan di akhirat,

Amin! Ya Rabbal Alamin!

FAIZ UKM said...

tersentuh faiz bace article ni.....pak ngah memg beruntung ade adik mcm cik.....keep it up a great relationship....

zedmagel said...

Salam Ramadhan Bro Is,

Semoga kita sama-sama mendapat Rahmat dari Alllah jua, dibulan yang penuh barakaq ini.

Anonymous said...

~ Salam Ramadan Bro Zed ~

Sama-sama kita berdoa semoga bro dan ayahnda tersayang dapat melaksanakan niat suci untuk ke Tanah Suci tahun ini.

Amiiin Yaa Rabbal Alamiin!

JutawanTampok said...

......satu ikatan persaudaraan yang tak ada galanggantinya. Itulah antara kekuatan tuan...keluarga bahagia

ISHAK HASSAN said...

~ Salam Aidilfitri Sahabatku ~

Doa dan harapan saya hubungan kasih sayang yang dipelupuri Abah dan Mak ini mampu dipertahankan dan dilestarikan anak-anak dan jenari saya sampai bila-bila.

INSYAALLAH