Detik Paling Indah

Detik Paling Indah
Detik paling indah bagi ku ketika seusia si comel ini, sentiasa disayangi, dibelai, dibimbing dan dibesarkan oleh ABAH dan MAK yang tidak pernah pudar kasih sayang dan rindu ku ini hingga saat ini.

Detik paling indah bagi ku ketika membesarkan anak-anak ku Along, Angah, Ann dan Adeq dengan penuh kasih sayang yang setulusnya bersama isteri tersayang. Saat-saat anak-anak ku seusia ini adalah lingkaran masa yang paling mahal dan amat bernilai bagi ku yang bergelar ABAH.

Monday, August 17, 2009

SALAM RAMADAN



Assalamualaikum Sahabat-Sahabat Blogger Ku,


Pada malam 28 Sya'aban yang permai ini tiba-tiba sahaja terpanggil aku untuk mencatat sesuatu dan sekaligus mengucapkan 'Selamat Menyambut Kehadiran Bulan Ramadan' yang penuh dengan kebarakahan ini. Tika ini juga ingatan ku kepada insan-insan tersayang yang telah tiada di maya ini semakin ku rasakan.


Kepada Abah, Mak, Kak Long, Bapak (Mertua), Tok Paimin, Bak Manap, Makwe, Ucu Razak, Pak Ngah Man, Pakcik Kamal, Makcik Minah, Poksu Daud, Pok De, Mok De, Uda Abu, Makcik Mas, Pakcik Ayob, Busu Hassan, Anjang Kamis, Pak Husin, Abang Salleh, Abang Wahab, Bujang (Zahir), Pak Awang, Tam Abob, Ham, Menjah (Hamzah), Limah (Asnah), Angah Hairy, Pi'e, Ibrahim Yet, Ses dan Kak Jemah, ku hadiahkan Al Fatihah buat Allahyarham dan Allahyarhamah yang telah mendahului ku.


Di sini juga aku memohon kemaafan kepada sesiapa sahaja yang mengenali ku, andai ada kesilapan dan kesalahan melalui perbuatan atau interaksi ku. Seperti insan lain aku juga tidak sunyi daripada melakukan kesilapan.


Ke hadrat Allah Subhanahuata'ala Yang Maha Agong, ku lafazkan kesyukuran atas limpah rahmat Nya, kurniaan yang pelbagai, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada ku dan ahli keluarga ku. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, dengan penuh keinsafan hamba Mu memohon keampunan atas segala dosa-dosa mak abah ku, dosa-dosa ku, dosa-dosa isteri ku, dosa-dosa anak-anak ku, dosa-dosa saudara-saudara ku, dosa-dosa guru-guru ku serta dosa-dosa sahabat-sahabat ku.


Kepada sahabat-sahabat ku dan saudara-saudara ku, sama-sama kita memohon kepada Nya untuk kita mampu melakukan yang terbaik di dalam menjalani Ibadah Puasa tahun ini. Semoga kita mampu benar-benar berpuasa bukan sekadar menahan lapar sahaja. INSYAALLAH!