Detik Paling Indah

Detik Paling Indah
Detik paling indah bagi ku ketika seusia si comel ini, sentiasa disayangi, dibelai, dibimbing dan dibesarkan oleh ABAH dan MAK yang tidak pernah pudar kasih sayang dan rindu ku ini hingga saat ini.

Detik paling indah bagi ku ketika membesarkan anak-anak ku Along, Angah, Ann dan Adeq dengan penuh kasih sayang yang setulusnya bersama isteri tersayang. Saat-saat anak-anak ku seusia ini adalah lingkaran masa yang paling mahal dan amat bernilai bagi ku yang bergelar ABAH.

Thursday, October 29, 2009

BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM Mukjizat Di Sebaliknya

Lafaz 'BISSMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM'
satu daripada amalan yang membantu kita apabila kita dikembalikan kepada yang Hak.... Sama-sama kita hayati mukjizat di sebalik Lafaz yang penuh 'BISMILLAAHIRRAHMAANNIR RAHIIM', yang bermaksud 'Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang'

KELEBIHAN 'BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM'
Yang pertama ditulis Qalam adalah 'BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM'.
Apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah 'BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM' pada awalnya kerana 'BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM' tertulis pada setiap wahyu yang Allah Subhanahuataala turunkan kepada 
Malaikat Jibrail..

'BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM'
untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan 'BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM'. 'Aku tidak akan meninggalkannya sekejap masa pun sejak 'BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM' 
diturunkan kepada Adam' (Hadith Qudsi)

Ketika 'BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM' diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan

Demi Allah Subhanahuataala dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM' itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah 'BISMILLAAHIRRAHMANIRRAHIM' dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah SWT kurniakan keberkatan ke atasnya

Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah 'BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM' setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik

'BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM' ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS. AL Muddatsir: 30). Ibnu Mas'ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah Subhanahuataala selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah 'BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM' 19 kali setiap hari '

Tiap-tiap huruf 'BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM' ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, 'Sesiapa yang membaca 'BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM' maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya '

Barangsiapa yang memuliakan tulisan 'BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM' nescaya Allah SWT akan mengangkat namanya di Syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya

Barangsiapa yang membaca 'BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM' maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya

Barang yang membaca 'BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM' sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala

Sesiapa yang membaca 'BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM' sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta dikurniakan keberanian dan kehebatan kepada si pembaca..

Wallahhualam

Sabda Rasullullah SAW
'Sesiapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang mengamalkannya; maka dia akan beroleh pahala walaupun orang itu sudah tiada lagi'

Wednesday, October 28, 2009

Bagaimana Kita Boleh Membantu Seseorang Menghadapi Sakratul Maut

Assalammualaikum,

Apakah yang boleh kita lakukan bagi 'membantu' seseorang menghadapi sakratul maut? Pada kebiasaannya, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing-masing membaca surah Yassin, dengan bacaan yang tersendiri dan pelbagai cara (membaca dengan tartil atau membaca dengan laju). Situasi sebegini sebenarnya menjadikan orang yang nazak itu merasa lebih tertekan kerana sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia.

Kaedah yang sepatutnya kita lakukan

i) Lantik seorang yang bacaan Al Qurannya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah
Yassin - yang lain-lain boleh bersama-sama menyemaknya

ii) Sebaik-baiknya orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang
mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak

iii) Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yassin dibaca untuk menimbulkan
rasa belas kasihan dan mudah-mudahan surah Yassin yang dibaca boleh membantu meringankan semasa nyawa penghujung hayat

iv) Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yassin, berhenti, dan menolong (membimbing) beliau untuk melafaz "Laa ilah ha illallah"

v) Menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong
beliau melafazkan "Laa ilah haillallah" lagi

vi) Diteruskan sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir

Semoga info ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' insan-insan tersayang seperti mak dan abah kita ketika menghadapi sakaratul maut. Mudah-mudahan kita mendapat segala rahmat serta hidayahNYA semasa melaksanakan amal kebajikan dengan cara yang betul. Amiin.

INSYAALLAH!