Wednesday, November 4, 2009
Lailahaillallah ~ Hikmah Di Sebaliknya
Apabila hamba Allah mengucapkan
Laillahaillallah
maka keluarlah dari mulut hamba Allah yang menggucapkan
perkataan yang mulia itu seekor burung hijau.
Maka burung hijau naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah
burung-burung tadi di bawah Arasy. Melihat situasi itu, malaikat yang
menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam
tetapi tidak diendahkan. Justeru, malaikat yang menjaga Arasy mengadap
Allah Subhanahuataala memaklumkan fenomena itu.
Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya
memberitahu burung-burung supaya diam.
Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka.
Maka berkatalah burung-burung itu... 'wahai malaikat yang
menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami
tetapi dengan satu permintaan'.
Malaikat bertanya 'Apakah permintaan itu?Jawab burung-burung itu
'Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan
kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,
barulah aku akan tidak membuat bising di sini'.
Malaikat itu berkata,
'Baiklah aku akan sampaikan kepada Allah'.
Seterusnya malaikat menyembah Allah
dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah
Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
menerima permintaan tersebut.
Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu
dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka.
Maka dengan segera mereka tidak membuat bising
dan mereka bergantungan di Arasy Allah
sambil berzikir dan memohon keampunan untuk
orang yang mengucap
Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.
Maha Suci Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Semoga ianya memberi ingatan
kepada kita semua untuk sentiasa mengingati
Allah Subhanahuataala pada setiap ketika dengan mengucap 'Laillahaillallah'
Subscribe to:
Posts (Atom)