Detik Paling Indah
Detik paling indah bagi ku ketika seusia si comel ini, sentiasa disayangi, dibelai, dibimbing dan dibesarkan oleh ABAH dan MAK yang tidak pernah pudar kasih sayang dan rindu ku ini hingga saat ini.
Detik paling indah bagi ku ketika membesarkan anak-anak ku Along, Angah, Ann dan Adeq dengan penuh kasih sayang yang setulusnya bersama isteri tersayang. Saat-saat anak-anak ku seusia ini adalah lingkaran masa yang paling mahal dan amat bernilai bagi ku yang bergelar ABAH.
Sunday, February 27, 2011
Wednesday, November 4, 2009
Lailahaillallah ~ Hikmah Di Sebaliknya
Thursday, October 29, 2009
BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM Mukjizat Di Sebaliknya
KELEBIHAN 'BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM'
'BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM'
Ketika 'BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM' diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan
Demi Allah Subhanahuataala dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM' itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah 'BISMILLAAHIRRAHMANIRRAHIM' dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah SWT kurniakan keberkatan ke atasnya
Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah 'BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM' setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik
'BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM' ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS. AL Muddatsir: 30). Ibnu Mas'ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah Subhanahuataala selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah 'BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM' 19 kali setiap hari '
Tiap-tiap huruf 'BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM' ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, 'Sesiapa yang membaca 'BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM' maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya '
Barangsiapa yang memuliakan tulisan 'BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM' nescaya Allah SWT akan mengangkat namanya di Syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya
Barangsiapa yang membaca 'BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM' maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya
Barang yang membaca 'BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM' sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala
Sesiapa yang membaca 'BISMILLAAHIRRAHMANNIRRAHIM' sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta dikurniakan keberanian dan kehebatan kepada si pembaca..
Wallahhualam
Sabda Rasullullah SAW
Wednesday, October 28, 2009
Bagaimana Kita Boleh Membantu Seseorang Menghadapi Sakratul Maut
Apakah yang boleh kita lakukan bagi 'membantu' seseorang menghadapi sakratul maut? Pada kebiasaannya, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing-masing membaca surah Yassin, dengan bacaan yang tersendiri dan pelbagai cara (membaca dengan tartil atau membaca dengan laju). Situasi sebegini sebenarnya menjadikan orang yang nazak itu merasa lebih tertekan kerana sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia.
Kaedah yang sepatutnya kita lakukan
i) Lantik seorang yang bacaan Al Qurannya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yassin - yang lain-lain boleh bersama-sama menyemaknya
ii) Sebaik-baiknya orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak
iii) Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yassin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah-mudahan surah Yassin yang dibaca boleh membantu meringankan semasa nyawa penghujung hayat
iv) Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yassin, berhenti, dan menolong (membimbing) beliau untuk melafaz "Laa ilah ha illallah"
v) Menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau melafazkan "Laa ilah haillallah" lagi
vi) Diteruskan sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir
Semoga info ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' insan-insan tersayang seperti mak dan abah kita ketika menghadapi sakaratul maut. Mudah-mudahan kita mendapat segala rahmat serta hidayahNYA semasa melaksanakan amal kebajikan dengan cara yang betul. Amiin.
INSYAALLAH!
Friday, September 18, 2009
Salam Aidilfitri

Tuesday, September 15, 2009
Renungan Di Penghujung Ramadan

FADHILAT SOLAT TARAWIH
Solat Tarawih Malam Pertama
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan
Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya
Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka
Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran
Solat Tarawih Malam Kelima
Allah Subhanahuataála akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa
Solat Tarawih Malam Keenam
Allah Subhanahuataála akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu
Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa Alaihis Salam serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman
Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah Subhanahuataála mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim Alaihis Salam
Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah Subhanahuataála akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba Nya seperti Nabi Muhammad Sollallahualaihi Wassallam
Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah Subhanahuataála mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat
Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan
Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya
Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan
Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah Subhanahuataála tidak akan menyesatkan mereka
Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah Subhanahuataála mengampunkannya
Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah Subhanahuataála mengurniakan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga
Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah Subhanahuataála mengurniakan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi
Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah Subhanahuataála telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia)
Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah Subhanahuataála akan mengangkat darjatnya di dalam Syurga Firdaus
Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah Subhanahuataála mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solleh
Solat Tarawih Malam Keduapuluh Satu
Allah Subhanahuataála akan mengurniakan untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya
Solat Tarawih Malam Keduapuluh Dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut
Solat Tarawih Malam Keduapuluh Tiga
Allah Subhanahuataála akan mengurniakan untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya
Solat Tarawih Malam Keduapuluh Empat
Allah Subhanahuataála akan mengurniakan peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut
Solat Tarawih Malam Keduapuluh Lima
Allah Subhanahuataála akan mengangkat seksa kubur darinya
Solat Tarawih Malam Keduapuluh Enam
Allah Subhanahuataála akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut
Solat Tarawih Malam Keduapuluh Tujuh
Allah Subhanahuataála akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat
Solat Tarawih Malam Keduapuluh Lapan
Allah Subhanahuataála akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat
Solat Tarawih Malam Keduapuluh Sembilan
Allah Subhanahuataála akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur
Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah Subhanahuataála akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad Sollallahualaihi Wassallam yang bernama Al Kautsar
Monday, August 17, 2009
SALAM RAMADAN

Pada malam 28 Sya'aban yang permai ini tiba-tiba sahaja terpanggil aku untuk mencatat sesuatu dan sekaligus mengucapkan 'Selamat Menyambut Kehadiran Bulan Ramadan' yang penuh dengan kebarakahan ini. Tika ini juga ingatan ku kepada insan-insan tersayang yang telah tiada di maya ini semakin ku rasakan.
Kepada Abah, Mak, Kak Long, Bapak (Mertua), Tok Paimin, Bak Manap, Makwe, Ucu Razak, Pak Ngah Man, Pakcik Kamal, Makcik Minah, Poksu Daud, Pok De, Mok De, Uda Abu, Makcik Mas, Pakcik Ayob, Busu Hassan, Anjang Kamis, Pak Husin, Abang Salleh, Abang Wahab, Bujang (Zahir), Pak Awang, Tam Abob, Ham, Menjah (Hamzah), Limah (Asnah), Angah Hairy, Pi'e, Ibrahim Yet, Ses dan Kak Jemah, ku hadiahkan Al Fatihah buat Allahyarham dan Allahyarhamah yang telah mendahului ku.
Di sini juga aku memohon kemaafan kepada sesiapa sahaja yang mengenali ku, andai ada kesilapan dan kesalahan melalui perbuatan atau interaksi ku. Seperti insan lain aku juga tidak sunyi daripada melakukan kesilapan.
Ke hadrat Allah Subhanahuata'ala Yang Maha Agong, ku lafazkan kesyukuran atas limpah rahmat Nya, kurniaan yang pelbagai, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada ku dan ahli keluarga ku. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, dengan penuh keinsafan hamba Mu memohon keampunan atas segala dosa-dosa mak abah ku, dosa-dosa ku, dosa-dosa isteri ku, dosa-dosa anak-anak ku, dosa-dosa saudara-saudara ku, dosa-dosa guru-guru ku serta dosa-dosa sahabat-sahabat ku.
Kepada sahabat-sahabat ku dan saudara-saudara ku, sama-sama kita memohon kepada Nya untuk kita mampu melakukan yang terbaik di dalam menjalani Ibadah Puasa tahun ini. Semoga kita mampu benar-benar berpuasa bukan sekadar menahan lapar sahaja. INSYAALLAH!