Detik Paling Indah

Detik Paling Indah
Detik paling indah bagi ku ketika seusia si comel ini, sentiasa disayangi, dibelai, dibimbing dan dibesarkan oleh ABAH dan MAK yang tidak pernah pudar kasih sayang dan rindu ku ini hingga saat ini.

Detik paling indah bagi ku ketika membesarkan anak-anak ku Along, Angah, Ann dan Adeq dengan penuh kasih sayang yang setulusnya bersama isteri tersayang. Saat-saat anak-anak ku seusia ini adalah lingkaran masa yang paling mahal dan amat bernilai bagi ku yang bergelar ABAH.

Wednesday, October 28, 2009

Bagaimana Kita Boleh Membantu Seseorang Menghadapi Sakratul Maut

Assalammualaikum,

Apakah yang boleh kita lakukan bagi 'membantu' seseorang menghadapi sakratul maut? Pada kebiasaannya, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing-masing membaca surah Yassin, dengan bacaan yang tersendiri dan pelbagai cara (membaca dengan tartil atau membaca dengan laju). Situasi sebegini sebenarnya menjadikan orang yang nazak itu merasa lebih tertekan kerana sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia.

Kaedah yang sepatutnya kita lakukan

i) Lantik seorang yang bacaan Al Qurannya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah
Yassin - yang lain-lain boleh bersama-sama menyemaknya

ii) Sebaik-baiknya orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang
mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak

iii) Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yassin dibaca untuk menimbulkan
rasa belas kasihan dan mudah-mudahan surah Yassin yang dibaca boleh membantu meringankan semasa nyawa penghujung hayat

iv) Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yassin, berhenti, dan menolong (membimbing) beliau untuk melafaz "Laa ilah ha illallah"

v) Menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong
beliau melafazkan "Laa ilah haillallah" lagi

vi) Diteruskan sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir

Semoga info ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' insan-insan tersayang seperti mak dan abah kita ketika menghadapi sakaratul maut. Mudah-mudahan kita mendapat segala rahmat serta hidayahNYA semasa melaksanakan amal kebajikan dengan cara yang betul. Amiin.

INSYAALLAH!

1 comment:

zedmagel said...

Salam Sahabatku Is,

Tulisan ini banyak memberikan panduan yang sangat berguna kepada kita sebagai blogger Islam khususnya.

Teruslah menulis.