Detik Paling Indah

Detik Paling Indah
Detik paling indah bagi ku ketika seusia si comel ini, sentiasa disayangi, dibelai, dibimbing dan dibesarkan oleh ABAH dan MAK yang tidak pernah pudar kasih sayang dan rindu ku ini hingga saat ini.

Detik paling indah bagi ku ketika membesarkan anak-anak ku Along, Angah, Ann dan Adeq dengan penuh kasih sayang yang setulusnya bersama isteri tersayang. Saat-saat anak-anak ku seusia ini adalah lingkaran masa yang paling mahal dan amat bernilai bagi ku yang bergelar ABAH.

Wednesday, July 22, 2009

Suatu Amanah ALLAH


Buat isteri dan anak-anak tersayang

13 Januari saban tahun
sentiasa menggamit memori ku

terima kasih isteri ku
kesetiaan mu
 keikhlasan mu
pengorbanan mu
kesabaran mu
kasih sayang mu
adalah
hadiah paling mahal buat ku

terima kasih anak-anak ku
kerana
menyayangi ku
menghormati ku
mengingati ku
menjaga hati ku

Sesungguhnya 
aku amat takut dibelit kesunyian
aku amat takut lemas dalam kerinduan
untuk menggapai erti kasih sayang
sentuhan belaian 
kemesraan seorang anak remaja

Sesungguhnya aku amat menyayangi kalian


12 comments:

zedmagel said...

Salam Bro Is,

Nukilan minda saudara sangat menyentuh hati saya. Apa lagi jika anak-anak saudara yang menghayatinya.

Tapi dapatkah anak-anak membalas pengorbanan seorang abah?. Atau itu hanya satu tanggunjawab abah kepada anak-anak?

Satu lagi nak komen, background pada tulisan saudara bita dan dengan font merah sangat payah bagi seorang tua seperti saya untuk membacanya. Tukar background yang tenag dengan font hitam, itu cadangan saya.

zedmagel said...

Salam Bro,

Sorry saya sekali lagi. Kenapa saudara tidak menjawab di ruangan komen kekawan, belajar-belajar le menjawab komen tu. Suruh Nurul Izzah jawabkan jika saudara kurang arif.

Satu lagi di blog kekawan saudara komen lah sikit. Ini tak jadi follower saja tanpa komen.

ISHAK HASSAN said...

Sahabatku Bro Zed,

Terima kasih sahabat atas pandangan ikhlas yang diberikan. Maaf kerana lambat respon komen anda, tika ini agak sibuk sikit membuat persiapan Program Semarak Merdeka dan Pelancaran 1Malaysia Peringkat Negeri Johor yang dijadual berlangsung di Perkarangan Pasaraya TJMart Kulaijaya.

Program yang berlangsung pada 16 Ogos ini bermula 8.00 malam, akan dirasmikan oleh YAB Dato' Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor.

Jom! Ajak sahabat blogger kita datang ke Kulaijaya.

ISHAK HASSAN said...

Bro Zed,

Terima kasih sekali lagi atas komen dan cadangan padanan warna bagi background dan font di 'mahligairezeki'.

Nanti saya dapatkan khidmat consultant daripada 'nuRuL iZZa site' untuk uruskannya.

Tunggu..jangan x tunggu!
Pasti mempersonakan beb!

Truena Ismail said...

um....thanx abah tuk segalanye...
syg abah..!!

Anonymous said...

salam abah...
syukran jazilan 4 everything...
jasa abah memang xterbalas oleh kami anak2mu..
segala yang TERBAIK angah doakan untuk ABAH...
Moga ALLAH memberi kejayaan untuk ABAH sentiasa di Dunia n Akhirat...insya'ALLAH...
Amiin...

Salam Sayang buat ABAH...
terima kasih ABAH

coien said...

AbAh mmg paling the "BEST" in the world..
sayang ABAH..

sitiayishah said...

Salam,Tok Hak.

Atok ni loving laa ngan family... so sweet...
blok atok ni sangat menyentuh hati untk semua pembaca sehingga blh menitiskan air mate tau...background blok atok best laa.
E-cah doakan moga2 ikatan persaudaraan kite semua sekeluarge kekal hingga akhir hayat...
wassalam dari cucumuu..

Anonymous said...

Buat MyL, Izza, Coien & Sitiayishah tersayang,

Amat seronok membaca ayat-ayat mahal yang singgah di 'mahligairezeki'. Walaupun ringkas cukup membahagiakan.

Selalu-Selalulah singgah di 'mahligairezeki' ye

shap said...

ucu tip top!

FAIZ UKM said...

alhamdulillah....proud of u all.....faiz blaja erti kasih sayg yg iklas dr fam cik....bkn myaygi fam sndri,mlh fam org laen...terime kasih atas sgalenye....jase kalian akn dikenng smpai akhir hayatku....

Unknown said...

Sayangku suami tercinta, abang kaulah satu satunya yang paling berharga didunia dan akhirat. Selalu menunjukkan jalan yang diridhai Allah dan tak jemu jemu menasihati dengan kesabaran mu melayani kerenah isterimu ini. Semuga jodoh kita berpanjangan hingga ke syurga dan kita berbahagia dalam tanggung jawab membesar dan mendidik anak anak kita supaya menjadi anak anak yang soleh dan solehah ... AMIN.

izah@is