Detik Paling Indah

Detik Paling Indah
Detik paling indah bagi ku ketika seusia si comel ini, sentiasa disayangi, dibelai, dibimbing dan dibesarkan oleh ABAH dan MAK yang tidak pernah pudar kasih sayang dan rindu ku ini hingga saat ini.

Detik paling indah bagi ku ketika membesarkan anak-anak ku Along, Angah, Ann dan Adeq dengan penuh kasih sayang yang setulusnya bersama isteri tersayang. Saat-saat anak-anak ku seusia ini adalah lingkaran masa yang paling mahal dan amat bernilai bagi ku yang bergelar ABAH.

Monday, August 17, 2009

SALAM RAMADAN



Assalamualaikum Sahabat-Sahabat Blogger Ku,


Pada malam 28 Sya'aban yang permai ini tiba-tiba sahaja terpanggil aku untuk mencatat sesuatu dan sekaligus mengucapkan 'Selamat Menyambut Kehadiran Bulan Ramadan' yang penuh dengan kebarakahan ini. Tika ini juga ingatan ku kepada insan-insan tersayang yang telah tiada di maya ini semakin ku rasakan.


Kepada Abah, Mak, Kak Long, Bapak (Mertua), Tok Paimin, Bak Manap, Makwe, Ucu Razak, Pak Ngah Man, Pakcik Kamal, Makcik Minah, Poksu Daud, Pok De, Mok De, Uda Abu, Makcik Mas, Pakcik Ayob, Busu Hassan, Anjang Kamis, Pak Husin, Abang Salleh, Abang Wahab, Bujang (Zahir), Pak Awang, Tam Abob, Ham, Menjah (Hamzah), Limah (Asnah), Angah Hairy, Pi'e, Ibrahim Yet, Ses dan Kak Jemah, ku hadiahkan Al Fatihah buat Allahyarham dan Allahyarhamah yang telah mendahului ku.


Di sini juga aku memohon kemaafan kepada sesiapa sahaja yang mengenali ku, andai ada kesilapan dan kesalahan melalui perbuatan atau interaksi ku. Seperti insan lain aku juga tidak sunyi daripada melakukan kesilapan.


Ke hadrat Allah Subhanahuata'ala Yang Maha Agong, ku lafazkan kesyukuran atas limpah rahmat Nya, kurniaan yang pelbagai, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada ku dan ahli keluarga ku. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, dengan penuh keinsafan hamba Mu memohon keampunan atas segala dosa-dosa mak abah ku, dosa-dosa ku, dosa-dosa isteri ku, dosa-dosa anak-anak ku, dosa-dosa saudara-saudara ku, dosa-dosa guru-guru ku serta dosa-dosa sahabat-sahabat ku.


Kepada sahabat-sahabat ku dan saudara-saudara ku, sama-sama kita memohon kepada Nya untuk kita mampu melakukan yang terbaik di dalam menjalani Ibadah Puasa tahun ini. Semoga kita mampu benar-benar berpuasa bukan sekadar menahan lapar sahaja. INSYAALLAH!



16 comments:

zedmagel said...

Salam Ramadhan Sahabatku Ishak,

Memang saya sendiri akan terkenang ketika di ambang ramadhan yang begini. Ramadhan yang penuh barakah, maghfira dan dijauhi dari api neraka.

Mudah-mudahan kita semua mendapat Rahmat dariNya jua. Semoga amalan puasa kita akan meningkat dari tahun ke setahun dan amalan akan lebih baik dari masa ke masa.

zedmagel said...

Salam Sahabatku Is,

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK DAN SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA UNTUK ANDA DAN SEMUA KELUARGA DI JB.

ISHAK HASSAN said...

~ Salam Tahniah ~

Tahniah atas kurniaan yang pelbagai buat anda dan keluarga di sepanjang 2009 ini, semoga anda dan keluarga terus berada di puncak kecemerlangan dalam perkhidmatan dan kerjaya.

Izinkan saya menumpang gembira atas pencapaian cemerlang ini.

zedmagel said...

Salam Bro Ishak,

Terima kasih atas kesudian gembira dan duka bersama saya dan keluarga. Rakan-rakan seperti saudara sangat banyak menolong dan memberikan bantuan dalam banyak bentuk.

MKA said...

Salam Ramadhan buat Uncle Is,

RAMBUT SEMAKIN MEMUTIH
KULIT SEMAKIN KENDUR
PANDANGAN SEMAKIN PUDAR
RAMADAN DATANG DAN PERGI
ADAKAH INI RAMADHAN TERAKHIR
MOGA DATANGNYA KALI INI
BERSAMA KEIMANAN, KESABARAN, KEINSAFAN, KEIKHLASAN DAN KEJAYAAN YANG BERSEMI DI HATI


WASSALAM
Khir

Anonymous said...

~ Salam Ramadan buat saudara ku Khir ~

Selamat datang ke 'mahligairezeki' ku, itulah doa kita semua semoga kita mampu melestarikan ukhuwah kasih sayang dan persefahaman dalam keluarga kita. Amiiin!

Andai ada ruang masa add saya di fb 'pro mc is' ye

zedmagel said...

Salam Bro Mahligairezeki,

Kekadang kita akan terkenangan kan orang yang kita sayangi. Jika kerindauan sedekah Al fateha buat mereka semua, mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat jua.

Truena Ismail said...

ala....sedey sgt bc...hukhuk =(...

dino said...

pelik jugak bagaiman masa berlalu terlalu pantas baru semalam terasa bemain banjir di batu pahat sebelum di buat benteng..bulan ramadan bermain gendang dan memalu kentong (kote an kalu tak silap) kini dah ada anak membesar , badan dah sakit-sakit , bulan ramadan berbeza ..mengapa perubahan terlalu mendadak?....adakan ini yg terbaik? kerinduan zaman kanak-kanak semakin membara..

Anonymous said...

~ Sahabat ku Dino ~

Itu lah kebesaran Allah Subhanahuataala, memang saya juga merasa sedemikian. Kenangan di era anak-anak, bermanja dengan Abah dan Mak terasa seperti baru berlalu.

Tua tidak terasa...yang merasakan kita semakin dimamah usia bila melihat anak-anak semakin remaja, kekuatan tidak sehebat dulu, rambut mula memutih dan gugur satu per satu, mata semakin kabur.

Justeru kita bersyukur kehadrat Nya kerana masih dilanjutkan usia.

Idalara said...

salam Ramadhan..'mahligairezeki'
terimakasih sudi singgah di tempat saya...
seronok membaca entri sdr tentang kekeluargaan dan family sdr..bertuah mereka ada sdr..tk spt anak2 sy yg kehilangan ksh syg abah mereka disuai kecil..sy mng beruntung kerana diusia begini masih ada abah dn mak, tempat saya mengadu..
muga2 sdr berbahagia dgn isteri dn anak2 hingga akhir hayat.

Anonymous said...

~ Salam Ramadan Ida ~

Terima kasih sempat singgah di mahligairezeki dan terima kasih dengan doa anda buat keluarga kami.

Apa-apa yang berlaku kepada kita pasti ada hikmah disebaliknya. Pengalaman mengajar kita dan cabaran mematangkan kita

noorlara said...

salam kenal dan kunjungbalas,
pengacara majlis dan berpengalaman dalam etiket ssosial dan protokol. Saya baru saja menghadiri kursus pengacara majlis di INTURA, sebelum tu kursus public speaking dan yg sewaktu dengannye. Minat sgt bidang pengacaraan tapi jauh sgt kalu tak blehle menggali ulmu dari saudare. nice to knoe u

Anonymous said...

~ Salam Ramadan Noor ~

Terima kasih atas kesempatan singgah di mahligairezeki. Sedikit catatan peribadi yang diabadikan buat insan tersayang, saudara mara dan sahabat walaupun setelah saya tiada nanti.

Tahniah kerana berminat di bidang pengacaraan, ada ruang masa saya bersedia membantu. Lagi baik kalau dapat anjurkan kursus di tempat anda.

zedmagel said...

Salam Sahabatku Bro Ishak,

Tahniah diucapkan kerana gambar entry yang sangat menarik, meninggalkan seribu kenangan buat diri anda dan keluarga. Selain itu sekarang dah ramai follower baru di blog bro.

Jika bro balik ke BP pesanan saya jangan tidak singgah ke kediaman kami taman dalam rumah di Semerah. Apa-apa hal calling 2 jika dah sampai di BP.

Anonymous said...

Sahabatku Bro Zed,

Terima kasih saudaraku, walau tiada info baru di entri, anda tetap menjengah ke mahligairezeki.
Agak sibuk tika ini.

Dalam kesibukan itu sempat jugak berkenalan dengan sahabat-sahabat blogger saudara.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin