Detik Paling Indah

Detik Paling Indah
Detik paling indah bagi ku ketika seusia si comel ini, sentiasa disayangi, dibelai, dibimbing dan dibesarkan oleh ABAH dan MAK yang tidak pernah pudar kasih sayang dan rindu ku ini hingga saat ini.

Detik paling indah bagi ku ketika membesarkan anak-anak ku Along, Angah, Ann dan Adeq dengan penuh kasih sayang yang setulusnya bersama isteri tersayang. Saat-saat anak-anak ku seusia ini adalah lingkaran masa yang paling mahal dan amat bernilai bagi ku yang bergelar ABAH.

Tuesday, September 15, 2009

Renungan Di Penghujung Ramadan


FADHILAT SOLAT TARAWIH


Solat Tarawih Malam Pertama

Diampunkan dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan

Solat Tarawih Malam Kedua

Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya

Solat Tarawih Malam Ketiga

Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka

Solat Tarawih Malam Keempat

Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran

Solat Tarawih Malam Kelima

Allah Subhanahuataála akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa

Solat Tarawih Malam Keenam

Allah Subhanahuataála akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu

Solat Tarawih Malam Ketujuh

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa Alaihis Salam serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman

Solat Tarawih Malam Kelapan

Allah Subhanahuataála mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim Alaihis Salam

Solat Tarawih Malam Kesembilan

Allah Subhanahuataála akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba Nya seperti Nabi Muhammad Sollallahualaihi Wassallam

Solat Tarawih Malam Kesepuluh

Allah Subhanahuataála mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat

Solat Tarawih Malam Kesebelas

Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan

Solat Tarawih Malam Keduabelas

Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya

Solat Tarawih Malam Ketigabelas

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan

Solat Tarawih Malam Keempatbelas

Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah Subhanahuataála tidak akan menyesatkan mereka

Solat Tarawih Malam Kelimabelas

Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah Subhanahuataála mengampunkannya

Solat Tarawih Malam Keenambelas

Allah Subhanahuataála mengurniakan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga

Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas

Allah Subhanahuataála mengurniakan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi

Solat Tarawih Malam Kelapanbelas

Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah Subhanahuataála telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia)

Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas

Allah Subhanahuataála akan mengangkat darjatnya di dalam Syurga Firdaus

Solat Tarawih Malam Keduapuluh

Allah Subhanahuataála mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solleh

Solat Tarawih Malam Keduapuluh Satu

Allah Subhanahuataála akan mengurniakan untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya

Solat Tarawih Malam Keduapuluh Dua

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut

Solat Tarawih Malam Keduapuluh Tiga

Allah Subhanahuataála akan mengurniakan untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya

Solat Tarawih Malam Keduapuluh Empat

Allah Subhanahuataála akan mengurniakan peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut

Solat Tarawih Malam Keduapuluh Lima

Allah Subhanahuataála akan mengangkat seksa kubur darinya

Solat Tarawih Malam Keduapuluh Enam

Allah Subhanahuataála akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut

Solat Tarawih Malam Keduapuluh Tujuh

Allah Subhanahuataála akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat

Solat Tarawih Malam Keduapuluh Lapan

Allah Subhanahuataála akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat

Solat Tarawih Malam Keduapuluh Sembilan

Allah Subhanahuataála akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur

Solat Tarawih Malam Ketigapuluh

Allah Subhanahuataála akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad Sollallahualaihi Wassallam yang bernama Al Kautsar

8 comments:

Anonymous said...

syukran 4 d info...
good 4 all...
selamat menambah amal dihujung2 ramadhan ni...
^_^

Anonymous said...

Terima kasih anak ku tersayang, mohon doakan bersama kebahgiaan dan kesejahteraan keluarga kita.

Semoga kita sentiasa di dalam perlindunganNya dengan dilimpahi kurniaan yang pelbagai kepada kita sekeluarga.

Amiiiin!

zedmagel said...

SALAM SAHABATKU ISHAK,

SALAM AIDILFITRI
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATHIN

DARI SAYA SEKELURAGA UNTUK ANDA DAN FAMILI.

JIKA PULANG KE BP PADA AIDILFITRI INI, SILA MAMPIR KE RUMAH SAYA KAMPUNG, JIK ASUDI. JANGAN TAK SINGGAH..

ISHAK HASSAN said...

Sahabatku Bro Zed,

Kami balik kg minggu kedua raya, entah-entah tuan n family di Sayung waktu tu kot

Kalau ke JB singgah ke Bukit Saujana ye. Untuk makluman lepas Raya ni kami pindah rumah baru di Seri Austin. Insyaallah

noorlara said...

salam kenal dan kunjungbalas. Semoga Syawal ini akan menambah kebehagiaan dan keberkatan kepada saudara dan keluarga.

Anonymous said...

Terima kasih kerana masih berkesempatan berkunjung di mahligairezeki walau dalam kesibukan membuat persiapan Hari Raya.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Truena Ismail said...

CMT ARI RAYE,,HUHU..
jmputlh dtg beraye umh sye di tmn nusantara ;))

zedmagel said...

Salam Bro Is Mahligairezki,

Tahniah berpindah ke Mahligai Bari yang memungkinkan sebuah lagi mahligairezki buat tuan dan keluarga.

Apa-apa hal nanti I call. You pun nak kena calaing2