Friday, September 18, 2009
Salam Aidilfitri
hari ini Jumaat terakhir di dalam bulan Ramadan
hari ke 28 kita menunaikan ibadah puasa
pastinya kita memanjatkan kesyukuran
ke hadrat Allah Subhanahuataala
hingga saat ini
kita masih diizinkan menjadi penghuni maya ini
dan dapat mengerjakan ibadah puasa
dengan penuh ketulusan
semata-mata kerana Allah Subhanahuataala
sama-sama kita memohon doa kepadaNya
semoga
segala taubat kita
segala amal ibadah kita
segala doa kita
segala impian kita
diterima dan diperkenan olehNya
di kesempatan ini
saya dan keluarga mengucapkan
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
kepada
rakan-rakan blogger, semua pengunjung mahligairezeki
semua saudara mara,
semua sahabat dan rakan di mana saja berada
pesanan untuk semua
sentiasa berhati-hati memandu kenderaan
bersama-sama insan-insan tersayang
pada setiap ketika
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Salam bro,
Selamat Hari Raya dan Mohon maaf dipinta..berhati dijalanraya semasa musim perayaan ini yer..:)
Salam Menjelang Syawal,
Selamat menyempurnakan ibadah puasa terakhir hari nie dan selamat menyambut kehadiran Syawal.
Dalam kesibukan persiapan raye sempat juga singgah di mahligairezeki, terima kasih eiza.
Sentiasa berhati-hati ketika memandu kenderaan dan sentiasa pastikan keselamatan diri daripada penjenayah, peragut yang tidak pernah kita kenali
......selamat hari raya aidil fitri. Ampunkan dosa saya beb. Hebat LB Tuan....Memamg hebat..teruja kawan
~ Salam Aidilfitri Jutawan Tampok ~
Terima kasih sahabatku kerana sudi singgah di mahligairezeki. Terima kasih juga atas motivasi anda.
Saya juga menghulurkan kemaafan kepada tuan. Semoga persahabatan yang tulus, mesra dan harmoni ini terus berkekalan walau di mana sahaja tuan berada.
selamat hari raya semua..aku dapat balik kampong raya pertama. Gembiranya rasa...
Salam Lebaran Bro Is Mahligairezki,
Maaf Zahir dan bathin dari kami sekeluarga, Jika ke BP jangan lupa datang ke rumah saya. Sebuah Taman di dalam rumah.
Salam kemaafan untuk anda dan keluaga semua.
selamat hari raye abah,,um rase cm xnk balik nusantara jek,,nk p raye ngn abh mak sume...nk smbut raye sbulan ni kt umh kte jek..tp nk wat cane,,susah nt nk p kije,,jauh..de lesen,,tp xde kete,,jd dok lh umh sewa kn..save ckit..ni nt kte nk pindah umh bru ag,,lau ley nk tolong ckit2,,tgklh lau de rezki ae..neway cmt ari raye abh,,maaf zahir batin...tk cr!! jg kesihatan,,xmo mam pedas2..
SAYANG ABAH CGT!!~~
miss u. . .
Love,
Ann @ Liyana Raihan Binti Ishak
~ Bro Dino ~
Selamat Hari Raya, kalau ke JB sila hubungi atau maklum saya di n3 ini, boleh mampir rumah saya atau kita 'mengeteh'di warong ye
~ Salam Aidilfitri Bro Zed ~
7 Syawal yang lalu kami balik kg tapi sampai kg dh ptg x dan nk singgah taman dalam rumah. Mohon maaf banyak2 ye.
Tahun ni agak sibuk sikit di bulan raya ni, pas tu 8 - 11 Syawal bersama Hj Hashim conduct Kursus Penampilan Diri dan Protokol Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Hotel Goldcourse Klang SDE.
Ada kelapangan sila berkunjung ke rumah kami ye
~ Salam Teramat Sayang ~
Terima kasih atas komitmen yang mendalam kepada keluarga kita.
Doa abah semoga anak-anak abah sentiasa dikurniakan kecemerlangan yang berterusan, kesejahteraan yang berterusan, kebahgiaan yang berterusan,kasih sayang yang berpanjangan, dilimpahkan rahmat rezeki yang melimpah ruah.
Semoga diperkenankan Allah Subhanahuataala apa saja yang diimpikan.
Amiiiin!
Salam Bro Is,
Takpe lain kali ada kan? Salam kunjungan saya jika berkesemapatan
salam singgah ProMC... semoga thn ni melimpah ruah rezeki ya.. amin...
Post a Comment